Perihal IJN

Sehari dua nih heboh pasal IJN nak diswastakan. Dan kepada syarikat gergasi Sime Darby pulak tuh. Syarikat Sime Darby yg dah bukan Sime Darby. Aku memang tak setuju langsung kalau IJN diswastakan. Pada aku, IJN adalah kebanggaan negara. Ia milik negara dan bukannya milik syarikat yang didagangkan di bursa saham. Jika IJN dijual, maka ia akan terikat dengan arahan board of directors yang mostly akan mementingkan keuntungan. Kalau ini terjadi, adakah ada harapan lagi untuk rakyat miskin untuk mendapat treatment di IJN? Kalau ya dengan subsidi kerajaan kenapa perlu dijual kepada Sime Darby?

Jika kerajaan dah tak cukup duit untuk menampung defisit belanjawan, maka, tak payah turun harga minyak lagi lepas ni. Cukup dengan RM 1.80 seliter. Kalau turun lagi bermakna jumlah kenderaan di jalan raya akan bertambah dan akan mengurangkan motivasi untuk mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam. Contoh terbaik adalah di Penang. Selain bas dan teksi (yang mahal nak mampus harga), tidak ada alternatif pengangkutan awam yang lain. Hal ini menyebabkan ramai yang menggunakan kenderaan peribadi. Kalau pegi atau balik kerja, akan dapat kita lihat ramai yang drive kereta sorang-sorang.

Berbalik pada IJN. Langkah Kabinet yang memutuskan untuk tidak menjual IJN pada Sime Darby merupakan langkah yang bijak. Permata negara ini harus dijaga supaya tidak ditelan oleh syarikat-syarikat korporat yang rakus dengan keuntungan semata-mata.

No comments: