Balik kampung

Baru balik dari kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Setelah drive hampir beberapa jam dari Sg Buloh, Selangor sampai gak ke Penang. Letih sebenarnya. Lagipun semalamnya (Isnin) dok drive dari Pekan ke Sg Buloh Selangor. Memang tak jam dan trafik smooth je kat highway (budak-budak pun tido je memanjang), cuma yang aku hairan nya kenapa lah jam kat tasik dekat FRIM tu? Tensen aku. Tensen aku mengenangkan 3 ke 4 lane yg ada kat kawasan tu cuma tinggal 2 lane gara-gara ramai yg parking kat lane yang sedia ada semata-mata untuk spend masa kat tasik tersebut. Kalau menyusahkan orang, baik tak payah. Jam teruk lak tuh, sejurus pas Batu Caves dah start jam.

Perjalanan balik ke Penang lagilah banyak jam. Mostly jam sebab ada keta accident dan ramailah malaun2 yang slowkan kereta nak tengok accident tuh. Yang paling best, aku ada follow belakang kancil nih. Memang slow habis dia bawak keta semata-mata tgk accident. Siap paling2 belakang lagi. Sakit betul hati. Sib baik lah bebudak 2 orang tuh mengabihkan masa dengan tido walaupun Danial cam dah bosan dok dalam keta lama-lama.

Perjalanan pulang dari Penang -> Sg Buloh -> Pekan tak de event apa-apa sangat. Irfan pun baik je sepanjang perjalanan.

Reason balik simple je. Nak amik Danial. Biasanya Tahun Baru Cina aku tak balik. Sebab biasanya awal tahun banyak menda nak kena buat. Waktu rileks sket sebenarnya waktu tengah-tengah tahun (sekarang dah tak handle smartcard). Cuma sekarang tak tau la. Sebab server pun aku handle pun tahun lepas dah dekat2 akhir tahun.

Waktu hari nak bertolak Penang -> Sg Buloh, aku tido cam biasa. Hajat di hati amik cuti hari Jumaat nak berehat2. Tapi banyak lak menda nak kena setel. Last2 bawak keta dalam keadaan kurang rehat. Cam tuh gak dari Sg Buloh -> Pekan. Dengan jam pas kuar tol Gombak sampailah ke Genting Sempah, dan rehat hari sebelum tu cam tak rehat sangat, memang penat la. Sebab tuh pas je Genting Sempah aku wat non stop. Dengan drive selaju beberapa km/j, dapat gak aku wat non stop. Tapi kena berenti gak pas highway sebab nak pegi toilet.

Sampailah artikel nih ditulis aku memang tak cukup sgt rehat. Sekarang nih dok tido 3-4 jam je sehari. Penat la.

No comments: