Suka bertanya

Secara jujurnya, aku suka orang bertanya terutamanya dalam bidang Sains Komputer yang banyak cabang ini. Tapi aku kurang minat sikit untuk menerangkan perkara yang dah banyak kali aku terang pada orang yang sama. Dan aku kurang minat sikit untuk bagi penilaian pada sesuatu produk. Contohnya kalau orang tanya "Mana lagi bagus? Linux ke Windows?".

Tapi aku tengok banyak pelajar-pelajar yang buat praktikal kat tempat kerja aku kurang bertanya. Sama ada malu atau segan atau tidak kenal, aku tak tahu. Walaupun diaorang kenal aku, tapi kalau bukan buat kerja aku, memang diaorang tak tanya. Kalau buat kerja aku pun, diaorang susah nak tanya. Kena kita tanya, "Ada masalah tak?". Barulah, "Ha..nak tanya ni. Macam mana buat ni?". Nad, nad tak termasuk dalam senarai ni. hehehe..

Minat suka bertanya aku bermula dari aku kecik-kecik lagi. Aku pun tak ingat waktu tu umur aku berapa tahun, tapi memang aku dah mula bertanya, "Kenapa kita nampak air kat atas jalan waktu panas terik padahal tak de air pun?", dan lain-lain persoalan. Sampaikan satu tahap, aku bertanya pada cikgu disiplin aku, "Kenapa kami dipersalahkan tentang kelas kotor, dan orang lain tak disalahkan?". Pastu terus kena denda. Denda apa, aku tak tahu. Walaupun kena hukum, sampai sekarang kalau aku rasa aku betul, aku akan tegakkan dengan bertanya atau menjawab berdasarkan apa yang aku tahu. Disebabkan itu, ada yang pihak yang tak suka bila aku mula buat sistem quota ruangan storan (storage quota) dalam pelayan-pelayan yang aku jaga.

Sebab aku suka bertanya, mak ayah aku bagi aku dan adik-adik beli buku. Kebanyakan buku yang kami beli buku cerita tapi ada juga buku-buku macam atlas, ensiklopedia dan lain-lain. Kalau aku baca buku walaupun buku cerita ada je persoalan yang aku lontarkan. Bila tengok filem, dan bila dah tamat filem tu, aku akan mula mempersoalkan perkara-perkara yang aku rasa ada loopholes. Sifat aku ni kadang-kadang buat orang sakit hati terutama kat wife aku la sebab aku tanya sampai perkara sekecik-keciknya (ni boleh buat satu lagi topik blog).

Bila mula-mula masuk sekolah, dan bila masuk aliran sains aku pun mula bertanya lagi. "Macam mana diaorang tahu hidrogen tuh hidrogen?", "Macam mana diaorang kira bilangan atom?", "Betul ke hidrogen boleh ada 1 atom je?". Tapi macam biasa soalan tu kebanyakkannya aku utarakan dalam otak aku je. Kalau ada Internet dah waktu tu, mesti aku dah carik dalam Google. Hehehe..

Bila masuk bidang komputer, lagi banyak aku tanya. Tapi sebab dah ada Internet, so, bolehlah aku carik dalam Internet. Waktu first year, aku kerap pegi perpustakaan, untuk pinjam buku berkaitan dengan bidang komputer. Secara jujur, buku aturcara C dan C++ aku ada beberapa buah. Kebanyakannya aku pinjam kat library. Selalunya aku pinjam awal sem, dan kalau aku tengok tak de orang tempah, aku akan sambung pinjam. Kalau aku tengok dalam sistem ada orang lain tempah buku tersebut, aku terus 'pinjam' sampai akhir sem. Rekod denda perpustakaan aku bayar boleh cecah sampai berpuluh ringgit setiap sem. Waktu belajar ni lah aku kerap tanya soalan kat senior terutama abg Amir dgn abg Bad.

Sebab tu bila aku dah grad dan kerja aku cuba beri pertolongan pada orang baru dengan memberi peluang untuk mereka bertanya. Tapi tu lah, kadang-kadang orang amik advantage dengan bertanya soalan, "Macam mana nak pasang (install) Adobe Photoshop?" (betul, tak tipu aku penah dapat soalan lebih kurang cam ni), "Eh, cam mana nak pasang cable monitor ni yea?" (kalau bukan budak IT, atau bukan orang kerja IT memang aku layan la. Tapi kadang-kadang ada yang dah keja bertahun-tahun pun still....), "Tak de cara lagi cepat ke nak bina web site guna ASP/PHP/apa_lagi_jenis_teknologi"..

Sekarang nih aku ditukarkan lagi bidang kerja (sekali lagi...??) dari kad pintar & server ke bidang rangkaian, khususnya Wi-Fi. Aduih..nak kena belajar lagi dan paling penting bertanya segala aset-aset yang ada. Ingat keja jadik pegawai kerajaan senang? Aset-aset kena tahu, lokasi aset kena tahu, programming kena buat, segala ilmu tentang barang yang nak beli kena tahu sebab senang nak defend nanti. Sekarang ni, aku banyak cari dalam Internet ilmu tentang rangkaian dulu. Esok nak rembat buku kat Rul, nak belajar sikit-sikit tentang topologi rangkaian yang ada dalam organisasi aku nih.

So, sebenarnya apa topik ni? Entah la..aku pun tak tau. Nite.

2 comments:

Anonymous said...

mie.. since topic ni dah keluar sy pun nak berty ler... u're one of the members yg buat program kedatangan online tu kan... why masa saya kat kelantan(even skarang pun) kedatangan sy direkodkan s tidak merekod kedatangan? padahal mmg satu kampus pun takder record kedatangan.. jadi tak cantikler profile biler ditanda as tidak merekod kedatangan padahal benda tu mmg tak der kat kelantan

aidaniza

Riezal said...

itu laa kan.. mostly bebudak baru ni dah sinonim dgn spoonfeed.. tak selalu diajar open/close question.. x slalu dilatih utk bertanya.. nak tanya takut.. kot kot orang yang nak ditanya garang.. tp itu la jadinya :).

hmm sapa cakap keje gomen itu senang.. sapa yang penah duk didalam.. tau laa macam mana workloadnya.. so never assume that dlm goment.. keje anda rilek.. try dulu baru tau :)

Ingat lagi waktu mula2 guna windows aku penah tanya soklan kat cikgu aku.. "kenapa windows cuma ada start button tapi takder stop button"

Happy working my comrade..