Cerita Raya - part 2

Aku baru perasan yang aku tak letak date dalam previous post.

Isnin (29/9) - Aku cam biasa kalau dok kat Pekan memang melepak je kat umah. Dengan pose nih, memang dok kat umah je la dok melayan Danial. Waktu nih adik aku yg dok kat KL tak balik lagi. So, tak ramai lagi kat umah. Abah aku pun kena keja lagi ari nih. Kul 4.30, Abah aku call. Mintak beli lauk sebab pasar Ramadan kat Rompin dah tutup. Mama aku pesan amik kuih kat umah jiran yang dekat sangat dgn umah Aki aku. Pasar Ramadan pun dekat je dengan umah aki. So, aku angkut adik2 laki aku pegi umah Aki. Aku bagi 50 untuk diaorg beli juadah berbuka. Sampai kat umah Aki mintak belikan cendol. So, aku tambah lagi sket kat adik-adik aku untuk beli semua tuh. Aku pun pegi ler amik kuih kat umah jiran tuh. Kuih bangkit dan tempeyek. Lama dah aku tak tengok Tok Uteh nih. Dah tua rupanya dia. Mata pun dah tak nampak. Dia pun dah tak kenal aku. Pas amik kuih pegi jalan kaki balik ke umah Aki. Letak kuih dalam keta dan jalan ke Pasar Ramadan tengok apa yang adik-adik aku beli. Rupanya baru beli ikan bakar. Tengah queue nak beli ayam madu. Aduih. Aku mintak duit yang ada kat diaorg pastu aku suruh diaorg pegi beli cendol Aki. Aku pun potong queue (bukan potong sebenarnya tapi self service, orang yg dok queue tuh semua nya nak org kat gerai tuh tolong isikan). Aku mintak plastik kat akak tuh. Dia lapik dengan kertas minyak dan aku pun pilihlah 9 ketul ayam utk family aku dan untuk aki dgn pakcik aku berbuka. Pegi umah aki sat, masuk dapur dan letak ayam 2 ketul utk Aki berbuka. Pastu balik umah. Aku amik wife untuk pegi bandar. Wife aku nak beli tudung dan aku kena beli penyidai baju (yang bulat tu) untuk kegunaan kat rumah. Pastu memang betul-betul balik. Aku park keta kat luar sbb adik aku dijangka sampai kul 8 mlm.

Selasa (30/9) - Still dok lepak2 gak. Danial pun dah start ramai yg layan. So, sempat la mengqada' tido wat seketika di waktu siang. Waktu Zuhur solat kat Masjid sebab hajat nak bayar zakat fitrah. Cam biasa la, kalau aku dah kuar, memang lama. Apa aku wat rahsia. Tapi memang rasa aman je bila balik Pekan. Maybe sebab Pekan tuh tak membangun sangat dan aku rasa tenang je. Mungkin gak Pekan tuh bandar kelahiran aku, so, aku rasa selesa kat sana. Petang pegi sekali lagi umah Aki untuk amik daun pandan. Sambil tuh sempat singgah kat Pasar Ramadan untuk kali terakhir tahun nih utk beli beberapa barang kat situ. Balik umah bagi daun pandan kat abah untuk buat nasi lemak. Petang tuh sekali lagi keluar untuk beli udang kering dengan hantar nasi lemak untuk aki. Tak lama pun dok umah aki, pas antar terus balik sebab dah nak dekat waktu berbuka. Malam tuh family aku dok prepare juadah untuk raya keesokan hari. Aku tak tolong sebab Danial time tuh wat perangai sket. Tapi tolong gak ler sket2 pas dia tido. Itu pun banyak tolong tengok je dari tolong wat. Pastu tolong abihkan nasi lemak untuk berbuka tadi.

Rabu (1/10) - Tibalah hari dinanti-nanti. Tapi aku rasa tak syok pun. Dapat balik Pekan pun aku rasa dah memadai. Rasa tak syok sebab arwah Tok dah tak de. Sedih tuh memang ada la. Yang aku tak dapat lupa nasi dagang arwah Tok memang best. Dengan kuih raya arwah Mak Cha. Sampai sekarang aku kadang-kadang teringin nak makan kuih-kuih yang arwah Mak Cha biasa masak. Sedih. Pagi raya Danial bangun tersangat la awal. Kul 7 lebih dia dah bangun dah. So, bagilah dia makan dulu. Aku bersiap pun lambat. Orang dah balik sembahyang raya baru la aku terhegeh-hegeh bersiap. Aku makan bila pakcik aku datang bertandang. Sebelum tuh dok menyuap Danial makan nasi himpit. Tahun nih semua wat sendiri. Nasi himpit, nasi minyak, sate, ayam kurma, ayam masak merah semua wat sendiri. Waktu aku makan, dah ramai orang dok melayan Danial. So, tak de la masalah sangat. Pastu, aki datang dengan pakcik aku yg sorang lagi. Adik beradik belah mak aku memang ramai. 10 orang semuanya. So, pakcik-pakcik aku memang la ramai. Tuh tak termasuk sepupu-sepupu aku lagi. Ish, memang ramai la. Aku antara yang tertua di kalangan generasi ketiga. Ramai lagi sepupu-sepupu aku yg kecik. Paling kecik baru je lahir. Serius.

Pastu aku tipon Ayah Sir (pakcik aku yg lain yg keja kat kuantan). Tanya dia datang umah tak. Dia cakap on the way. Dalam kul 3 dia datang. Pastu Mak da (makcik aku datang). Dengan family dia. Tengah-tengah dok borak, dapat call dari kawan baik aku dia cakap dia nak datang. So, berborak la kami. Raya nih aku pegi 3 buah umah je, umah Mak da, Ayah Sir dgn sorg lagi pakcik aku. Yang lain aku tak pegi. Ada 2 anak kecik susah sket. Tunggu la nanti bila diaorang dah besar sket. Malam tuh aku pegi umah Mak da. Irfan dok nangis dari kuar pagar, masuk keta sampai ler dekat simpang umah aki. jauh tuh. Dalam 3-4 km. Aku call abah aku tanya kunci umah sbb nak patah balik. Berenti kat tepi jalan, abah amik Irfan masuk dalam keta dia. Senyap je sampai umah Mak da (itu pun pas dah dibaca beberapa ayat). Cam raya-raya lepas, kalau dok umah Mak da mesti lama. Kul 11 lebih baru sampai. Itu pun Danial dgn Irfan dah tido lena dalam keta. Sampai depan umah terus masuk keta dalam pagar (atas arahan Abah aku sebab risau Irfan nangis lagi). Sampai masuk dalam umah dan letak dalam bilik dua-dua senyap je tido. Sib baik sebelum pegi aku dah bentang tempat tido Danial siap-siap. Pastu aku pun tido awal malam tuh. Awal tak awal gak ler. Kul 12 lebih baru tido.

1 comment:

Afrezal Karim said...

hmm pekan aku tak sampai lagi.. tahun depan boleh laa beraya .. jauh ke from beserah tu pekan..?