Express Updates

13/3 (Jumaat) - Mata Danial merah-merah. Taik mata pun banyak. Penjaga Danial kat Hadhanah kata mungkin sakit mata. So, bawak pegi klinik, dan dapat ubat.

14-15/3 (Sabtu - Ahad) - Danial dok batuk kerap. Ada sekali malam tu muntah lendir. Lega dari batuk lepas muntah.

16/3 (Isnin) - Aku cuti ari nih, teman Danial yang sakit mata. Hepi je dia dok kat umah. Walaupun cuti, tapi aku pegi hantar Irfan dgn wife pegi keja. Danial tinggal kat umah. Waktu aku balik dlm 9.30 tgk dia lena tido lagi. Bila dia bangun tengok mata kanan merah cam darah. Cepat2 decide nak bawak pegi Pantai. Sampai Pantai Dr cakap tak risau pasal mata tapi risau pasal batuk Danial. Buat nebulizer dan Danial dapat ubat banyak. Ubat mata (titik), ubat pil (batuk), antibiotik (batuk), salbutamol sulfate (batuk) dan satu lagi ubat aku lupa. Kena datang balik ari Rabu.

17/3 (Selasa) - Hantar Danial ke Hadhanah sebab mata dia dah ok tapi Hadanah nak surat pengesahan Dr. Pegi klinik dan mintak surat pengesahan. Memang sakit mata dah ok. Merah tuh sebab kesan lebam kat mata.

18/3 (Rabu) - Mata Danial makin ok. Batuk je. Kesian budak kecik batuk malam2. Muntah lagi malam sebelum tuh. Muntah air je. Mungkin keluar gak lendir tapi tak perasan. Dr cakap batuk Danial makin ok. Entahlah. Aku dengar sama je. Cuma rasa lega tak kena tahan kat wad.

19/3 (Khamis) - Aku rasa tak sedap badan waktu balik tengahari. So, rehat2 je. Kul 4 bila tengok cermin tengok mata aku merah dan pedih. Pegi klinik sah kena sakit mata. Dapat mc sehari.

20/3 (Jumaat) - MC sehari tapi tak macam MC. Tengahari je baru aku rest sampai la petang. Itu pun rest cam2 tu je.

No comments: