Ambil ubat

Pagi tadi dok lepak-lepak kat rumah dengan Danial (sebab dah amik cuti). So, Danial dok terbaring je lepas balik dari breakfast. Bagi dia makan kismis dan biskut sikit. Pastu bagi makan ubat sebelum bagi dia mandi. Sebab dah start pakai Ventolin Inhaler, maka kurang sikit ubat yang nak kena makan. Antibiotik ada lagi dlm 2 hari kot untuk dimakan. Demam dah beransur-ansur pulih walaupun panas kadang-kadang ada lagi.

Tengahari pegi makan kat McD Sunshine sebab nak pegi tengok harga susu sambil tunggu klinik Dr Chan di Pantai dibuka. Abih makan tengok harga susu. Enfagrow harga RM78.99 je setin but seperti selalu perisa Vanilla akan abihnya kalau harga murah.

Sebelum masuk Sunshine try call klinik Dr Chan tapi tak de orang angkat. Sampai di klinik Dr Chan, nurse cakap diaorg tak dengar pun bunyi telefon. Ah sudah. Operator salah sambung ke. So, aku mintak no telefon klinik.

Salah satu kelemahan kalau kita pegi specialist di hospital berbanding dengan klinik adalah doktor-doktor di sana perlu juga melawat pesakit-pesakit di wad. So, sementara dok tunggu Dr Chan datang, Danial main-main dengan mainan di sana (kebaikan dia, budak-budak cam distracted sket sebab ada mainan). Memang dia main sampai letih. So, dok terbaring atas kerusi. Bila Dr datang, dia jumpa patient dulu. Petang tadi patient tak ramai. Sorang je. Mungkin sebab malam nanti klinik dibuka dari jam 7 sampai 9. Sebelum ni aku pernah datang malam dan memang ramai je patient datang klinik tu.

Patient keluar, nurse panggil masuk. Bagi prekripsi yang diri dia tulis, aku explain yang Budesionide 100 mg tak de. Dr check simpanan ubat dia pun tak de. Dia telefon ke klinik. Yang ada cuma Pulmicort budesionide 200 mg. So, Dr bagi ubat tersebut tetapi minta kurangkan dosage ke Danial. Sepatutnya kena buat 2 kali sehari. Setiap kali 1 semburan. Tapi sebab dosage tinggi kena buat sekali sahaja.

Kena harga RM60. Rasanya kalau beli kat luar lagi murah tapi sebab tanpa dapat nasihat dan prekripsi Dr memang susah nak beli steroid inhaler. Lagipun both inhaler, ventolin dan budesionide memang diletakkan dalam kabinet belakang kaunter ahli farmasi. Ada preskripsi baru diaorang bagi. Kalau tak de, tak payah nak cerita banyak la.

So, patutnya start malam ni, but aku decide start esok malam je. Itu pun sebab dengar lagi bunyi wheezing bila Danial bernafas. Mungkin bila dah kurang sikit batuk, boleh start steroid inhaler.

Oh, satu lagi nak tambah. Steroid inhaler adalah last choice bagi pesakit-pesakit penat yang hampir ke asma. Tak asma lagi tapi hampir. Sebelum-sebelum ni Danial tak pernah lagi amik steroid inhaler tapi sebab bila kena je penat, kena makin teruk, so, doktor tak de pilihan lain dah. 3 doktor aku jumpa, ketiga-tiga bila dengar history Danial, memang cakap kena guna untuk long term. At least nanti bila Danial batuk, tak kan teruk macam sekarang sebab ubat tu akan kuatkan paru-paru. Tapi as usual semua ubat ada side effect. So, tak leh overdose. Ubat makan senang nak kesan. Kalau budak-budak muntahkan semua ubat, leh bagi balik. Tapi ubat sedut susah nak kesan. So, tak leh nak main "Oh, kena bagi 1 puff lagi sebab tadi tak masuk dalam paru-paru".

So, harap menjawab pertanyaan anonymous kat post bawah nih. Danial batuk tak henti-henti sampai jadi penat. Penat ni lebih kurang cam asma tapi bawah sket taraf dia. Kiranya adik la. Asma tu kira abang/kakak penat la. Treatment biasanya nebulizer + ventolin kalau dah sampai pertengahan. Kalau awal, biasanya dia bagi ventolin je. Kalau dah makin teruk biasanya tahan kat wad. Erm, saya nak jawab banyak-banyak pun tak reti. Kalau Pn Ija ada kat sini maybe dia leh terangkan kot. Ija, nanti kalau awak terbaca ni, dan kalau penerangan saya salah, reply dlm komen eh. Thanks.

No comments: