Danial penat lagi

Danial penat lagi. Rasanya ni kali ketiga yang dia penat yang amat sangat. Memang kesian sangat-sangat la. Selasa pagi bawak pegi Syifa dengan Pantai. Doktor di Syifa cadangkan supaya Danial ambil steroid inhaler untuk kuatkan paru-paru. Sebab di Syifa tak de ubat tersebut, doktor pun refer ke klinik USM. Tapi doktor tersebut pesan kemungkinan klinik USM akan refer pada pediatrician sebelum release ubat tersebut. Sebelum balik, doktor bagi 4 jenis ubat, Paracetamol 250mg, antibiotik, Ventamol dan Bromhexine beserta surat untuk perhatian doktor di klinik USM.

Disebabkan Dr Chan dari Hospital Pantai pernah merawat Danial, maka kami pun menuju ke Pantai. Jumpa Dr Chan, kami gunakan nebulizer procedure yang tak digunakan lagi semenjak visit lepas. Kemudian, Dr Chan turut cadangkan pengambilan steroid dan ventolin inhaler. Ubat yang diberi oleh Klinik Syifa ditunjukkan kepada Dr Chan. Dr Chan menyatakan ubat dia takkan beri kecuali preskripsi ubat untuk rujukan dr di klinik USM.

Pagi ni kami pergi ke klinik USM. Dr Sukhbir meminta untuk dilakukan nebulizer procedure dua kali pada hari ini. Aerochamber perlu dibeli oleh kami. Sebaik sahaja selesai nebulizer kali pertama, kami berjumpa doktor dan beliau menyatakan keadaan Danial tak banyak berubah. Kami diminta untuk cepat-cepat membeli aerochamber. Di klinik USM kami mendapat Ventolin inhaler 100 mg dan ubat selsema. Budesionide 100 mg tidak terdapat di klinik USM dan harus menunggu dalam beberapa hari.

Aerochamber dan budesionide (inhaler) 100 mg tidak dijual di farmasi USM, jadi kami pergi ke panel farmasi USM. Hanya aerochamber ada dijual (RM86) namun budesionide 100 mg memang tidak ada. 5 farmasi di luar dikunjungi/dihubungi beserta 1 klinik pakar kanak-kanak namun tiada yang menyimpan stok budesionide (inhaler) 100 mg. Di klinik pakar kanak-kanak, kami dinasihati agar pergi kembali ke Hospital Pantai disebabkan kemungkinan hanya di Pantai sahaja yang terdapat stok budesionide (inhaler) buat masa sekarang. Ini kerana budesionide (inhaler) jarang digunakan bagi kes kanak-kanak. Budesionide 200 mg (inhaler) ada dijual namun ianya untuk orang dewasa.

Satu perkara yang aku dapati adalah, walaupun farmasi tersebut adalah private, namun tiada satu farmasi pun berani memberi ubat lain selain dari yang dinyatakan oleh doktor. So, esok pagi aku dan Danial akan pergi balik ke Pantai untuk membeli ubat tersebut. Ada sesape nak sponsor ubat untuk Danial? Hehehe..mahal tuh ubat budesionide tu. Kalau tak de, terpaksa la Danial makan Singulair yang berharga RM6 sebiji untuk tempoh sebulan. Kesian kat Danial.

Oh, treatment steroid inhaler/singulair akan berterusan untuk jangkamasa sekurang-kurangnya 6 minggu (menurut doktor di Syifa), 1 bulan (oleh Dr Chan dan akan direview oleh beliau setelah tempoh sebulan tamat) dan 6 bulan (oleh Dr Sukhbir dan Danial perlu dibawa berjumpa beliau atau Dr Chan atau Dr Arbaai di Syifa sebulan sekali untuk dimonitor progress). Kalau progress elok, maka treatment akan diberhentikan. Kalau tak, sampai elok la Danial akan pakai.

1 comment:

Anonymous said...

danial sakit apa?