Sekarang ni aku dok selalu tido awal..Bila tidokan Danial, terus ikut tertido sekali. Lagipun sekarang ni aku rasa aku gunakan akal pemikiran lagi banyak. Dok pikir macam-macam sampai lah rasa penat je otak ni. Nak update blog pun malas kekadang tu.
Semenjak dua menjak ni, aku dgn wife dok ajar Danial sebut perkataan. Bunga, flower, dog, cat, kucing, mouse, tikus, tv, ajar mengira dan lain-lain. Macam biasa kalau ajar Danial (sambil guna buku), Irfan pun dok la kat sebelah. Dok sibuk nak pegang buku jugak. Kat umah ni ada 5 buku diaorg. 2 buku free, 3 buku-kain (cloth-based book) yang ada banyak gambar dari tulisan. So, dok la khusyuk tengok buku-buku tuh.
Ajar Danial sebut perkataan bukan sebab apa. Dia dah masuk 2 tahun, tapi mulut berat nak cakap melainkan kalau dok tengah main. Kalau tengah main tuh, bukan setakat mulut tuh riuh bercakap tapi dok nyanyi-nyanyi lagi. So, kalau ajar ni at least dapatlah dia bercakap sikit. Kalau nak minum ke, makan ke, tak de la nangis lagi.
Kereta Shell Ferrari yang aku kumpul skrg tinggal 4 buah je lagi. Mana lagi ntah yg lain anak-anak aku nih campak. Satu kereta dah berbunyi dah bila bergerak. Rasa cam ada menda je yg loose tapi tahap kemalasan tuh tinggi sangat utk merepair.
Semalam dok tensen dengan mesin basuh. 6 jam dok basuh baju sebab air yang keluar dari drain hose waktu rinse amatlah slow. Lagi laju siput babi jalan. So, aku tensen dok cabut drain hose tengok apa yg tak kena. Tengok-tengok kotoran melambak kat dalam drain hose. Basuh pastu attach balik ke tempat yg sepatutnya. Tengok slow jugak mengalir. Cabut balik drain hose dan cuba korek-korek kat sambungan. Erm, ada syiling tersumbat. Lepas habis je basuh baju, terus aku buka tutup belakang mesin basuh. Try cabut hose yang sambungkan antara drain hose dan cloth-basket ( @ drum @ apa-apa jelah nama tempat yg letak baju tu) punyalah susah. Berpeluh-peluh satu badan. Tapi bila dah dapat bukak dan tau tricks cara untuk melonggarkan besi pengikat, nak buka nya amatlah senang. Lepas dah buka, aku pun dok keluarkan la syiling yang ada. Adalah dekat 2-3 ringgit syiling 20 dan 10 sen yang ada dalam hose tuh. Siap je terus pasang balik. Tak test pun sebab tak nak membazir air. Lagipun baju dah abih basuh. Hari nih baru tengok, so far, so good la, air pun tak de menitik keluar dari dalam mesin basuh tu.
Ok lah. Nak tido. Dah kul 2 pagi. Terjaga ni pun sebab nak bancuh susu Danial. Alang-alang, check jap semua akaun game + email yang sampai + tengok agenda untuk esok kot-kot ada meeting. Ja, mata ne. Oyasuminasai.
No comments:
Post a Comment