Arahan screen membolehkan anda melaksanakan arahan yang panjang tanpa perlu risau jika berlakunya gangguan kepada sambungan SSH dari PC ke server. Screen tidak dipasangkan secara 'default' ke dalam Linux pada masa kini.
Pemasangan screen ke dalam Linux
Arahan ini adalah untuk sistem pengoperasian CentOS 6.x. CentOS 7.x mungkin berbeza. Pos ini akan dikemaskini kemudian.
$ yum install screen
Loaded plugins: fastestmirror, refresh-packagekit, security
Setting up Install Process
Determining fastest mirrors
* base: mirror.server.domain
* extras: mirror.server.domain
* updates: mirror.server.domain
base | 3.7 kB 00:00 base/primary_db | 4.6 MB 00:00
extras | 3.4 kB 00:00 extras/primary_db | 32 kB 00:00 updates | 3.4 kB 00:00 updates/primary_db | 2.0 MB 00:00 Resolving Dependencies
--> Running transaction check
---> Package screen.x86_64 0:4.0.3-18.el6 will be installed
--> Finished Dependency Resolution
Dependencies Resolved
==================================================================================================== Package Arch Version Repository Size
====================================================================================================
Installing:
screen x86_64 4.0.3-18.el6 base 494 k
Transaction Summary
====================================================================================================
Install 1 Package(s)
Total download size: 494 k
Installed size: 795 k
Is this ok [y/N]:y
Downloading Packages:
screen4.0.3-18.el6.x86_64.rpm
| 494 kB 00:19
Running rpm_check_debug
Running Transaction Test
Transaction Test Succeeded
Running Transaction
Installing : screen-4.0.3-18.el6.x86_64 1/1
Verifying : screen-4.0.3-18.el6.x86_64 1/1
Installed:
screen.x86_64 0:4.0.3-18.el6
Complete!
Cara penggunaan screen
Untuk menggunakan screen, taip
$ screen
Satu skrin lain akan dipaparkan. Anda boleh menggunakan sebarang arahan linux di dalam skrin ini. Sebagai contoh, jika saya ingin memindahkan fail ke dalam server yang lain, saya menggunakan arahan ftp -i server.your.domain. -i adalah bagi mengelakkan sebarang aktiviti interaktif antara anda dan server.
Setelah selesai anda cuma tekan Ctrl+A+D atau Ctrl+a+d. Untuk memaparkan skrin yang masih aktif, taip arahan $ screen -list. Anda akan mendapat output seperti di bawah
There is a screen on:
5117.pts-1.eprints (Detached)
1 Socket in /var/run/screen/S-root.
Untuk memasuki kembali skrin tersebut, taip $ screen -r. Jika hanya ada satu skrin, anda akan dibawa ke skrin tersebut. Jika anda ada lebih dari satu skrin, taip $ screen -r screenid.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment