Troubleshooting : VMware ESXi 5.1 - Performance tab displayed "No Data Available"
Hos
pelayan VMware ESXi memaparkan "No Data Available" di dalam graf-graf
yang terdapat di dalam tab "Performance". Bagaimana untuk menyelesaikan
permasalahan ini?
1. Paparan "No Data Available" adalah disebabkan
oleh proses ejen VMware yang dikenali sebagai vxpa tidak berjalan dengan
baik. Hal ini kerana anda tetap boleh melihat paparan lain di dalam hos
pelayan tersebut tetapi hanya tidak dapat melihat data yang ada di
dalam hos pelayan VMware ESXi.
2. Di dalam VMware vSphere Client,
klik pada hos pelayan yang bermasalah. Kemudian pergi ke tab
"Configuration" dan klik pada "Security Profile".
3. Di dalam
"Security Profile" anda dapat melihat bahagian "Services" dan
"Firewall". Klik pada "Properties" dalam bahagian "Services".
4. Satu tetingkap "Services Properties" akan dipaparkan. Klik pada vxpa dan klik "Options".
5. Satu tetingkap "vxpa (vxpa) Options" akan dipaparkan. Pastikan
ruangan "Startup Policy" dipilih "Start and stop with host". Kemudian
tekan butang "Restart" yang terdapat pada ruangan "Service Commands".
6. Semasa vxpa di dalam proses mula kembali (restart), vSphere Client
akan memaparkan tetingkap ralat yang menyatakan "Cannot connect to host"
atau seangkatan dengannya. Abaikan mesej ralat tersebut. Hal ini
merupakan perkara biasa kerana anda sedang memulakan kembali vxpa
tersebut.
7. Setelah proses mula kembali selesai dan vxpa telah
hidup dengan baik, klik pada tab "Performance". Paparan "No Data
Available" kemungkinan akan tetap dipaparkan kerana secara asasnya tab
"Performance" akan mengambil data untuk 1 hari. Di dalam "Time Range"
pilih "Realtime". Anda akan dapat melihat graf akan dipaparkan dengan
baik. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment