Update saja-saja

Baru aku perasan nama ubat dalam entry Ambil Ubat dan Danial penat lagi silap eja. Sebenarnya budesionide bukan bodesinode. Sorry.

Aku nih banyak menda nak citer, tapi bila online je terus hilang. Aiseh. Susah tul cam nih. Cam ne la nak jadik blogger nih.

Oh, En Mau telah selamat mendapat seorang cahaya mata perempuan. Tahniah Mau. Apa nama anak? Welcome to the club. Tak cukup tido la ko nanti. Hahaha..

Aku dok stadi makin banyak menda. Rasa cam tak cukup masa je nak stadi semua-semua menda. Makin banyak stadi makin terasa makin banyak tak tau. Terasa begitu kerdilnya la diri aku bila melihatkan ilmu IT yang begitu banyak menggunung. Kalau dibandingkan, aku rasa tak sampai setitik pun ilmu yang aku ada sekarang nih. Kalaulah ilmu yg ada kat aku adalah setitik ilmu berbanding selautan ilmu yang ada di tangan manusia, bayangkan bagaimana ilmu yang ada pada Allah. Pengetahuan yang ada pada manusia berbanding Allah adalah hanya setitik air yang terlekat di jari berbanding selautan air. Jadi ilmu aku adalah lagi kecil dari seluruh ilmu manusia lagi kecil dari ilmu yang ada pada Allah.

Aku ada blog-hopping dan melawat blog-blog rakan dan keluarga, ramai lak yang wat speedtest. Aku ada gak wat, tapi malulah nak tampal kat sini. Orang lain lagi hebat je aku tengok.

Bilalah aku nih dapat concentrate dalam satu menda je nih. Setakat ni, software dah penah buat, website dah pernah buat, mengajar programming dan software dah pernah wat, server dah banyak install, sekarang nih kena concentrate network lak. Itu pun bukan 100% dok concentrate kat network. Kalau 100% ok gak. Nak cakap versatile tak gak. Aduih.

Danial dgn Irfan makin sembuh. Dengar lah batuk kahak diaorang pagi-pagi. Kalau aku leh tolong utk diaorg muntahkan kahak, aku tolong. Tapi biasanya cuma leh bagi ubat dan madu la untuk cepatkan baik. Dah macam-macam cara cuba, madu merupakan cara perubatan alternatif yang aku cuba lakukan untuk anak-anak aku ni. Danial dah leh makan 1/4 sudu kecik madu. Irfan makan lebihan apa yang Danial makan. Sebenarnya fobia sket nak bagi madu kat dua orang budak ni memandangkan Danial ada history cirit-birit makan madu. Setakat ni Irfan tak de la lak. Makan roti canai selamba je. Mungkin sebab Irfan fully breast-feed kot. Danial dulu terus minum susu formula. Pastu tukar jap ke susu formula soya sebab kemerah-merahan. Dari Dutch Lady Langkah 1 ke susu soya balik ke Dutch Lady langkah 1 ke Dutch Lady langkah 2 ke Enfa-apa-ntah ke Enfagrow. Sampai lah sekarang minum Enfagrow. Tapi semenjak sakit nih dia cam refuse nak minum susu. Selalu tak nak minum. Entahlah.

No comments: