Penatnya...

Hari Sabtu aku macam ter-over kerja sket. Pagi dok setel hal-hal projek yg aku handle. Petang dok kemas printer. Sib baik anak buah aku nih terer sket.. Dia bagi cadangan yg menyenangkan hidup kitaorg.

Kul 5 aku gerak kuar dari Penang. Harga minyak naik = kurang keta atas jambatan. Cepat je aku drive. Tp aku regret sbb aku terlupa beli Coke sblm start drive (tak cukup tido nyer pasal).

Kenapa aku drive kuar dari Penang? Sbb nak jumpa ayah aku daaa..hantar borg ptptn utk adik aku. pastu amik waran adik aku utk dicashkan (itu pun klu blh la).

Hari nih penat giler..sbb aktiviti smlm. lama aku dok kat dewan wat aktiviti. tapi tak leh challenge 2,3 tahun lepas la..hehehe..

Nanti ler aku tulis lagi.

Mars - part I

Hari tu diorang mungkin jumpa ais. Sekarang nih berdasarkan ujian-ujian ringkas yang dilakukan oleh Phoenix, menyebabkan saintis-saintis percaya Marikh boleh menampung kehidupan. Baca nih, petikan dari BBC News :

"Preliminary analysis by the $420m (£210m) Phoenix Mars Lander mission on the planet's soil found it to be much more alkaline than expected."

"We basically have found what appears to be the requirements, the nutrients, to support life, whether past, present or future," said Sam Kounaves, the project's lead chemist, from the University of Arizona."

Bayangkan satu masa nanti manusia boleh hidup bertebaran di serata galaksi macam citer-citer sains fiksyen. Mesti best.

Student baru

Macam biasa macam tahun2 lepas, student baru datang lagi. Tahun ni makin kurang dari tahun sebelumnya. Berapa banyak kurang, aku tak leh bagitau since kuantiti mungkin berubah dari masa ke masa.

So, Sabtu dan Ahad macam biasa aku akan pegi keja. Untuk 'menyambut' kedatangan student-student baru nih.

Anyway, to those new students, welcome to the university. Hope you made a right choice to be here. :P

Aku tak tau kenapa sekarang nih aku makin de-motivated untuk buat keja. Selalu tak de mood je. Tapi aku usahakan jugak buat keja dgn jayanya. Walaupun tak de mood, tapi at least minggu nih banyak gak keja aku setel. Aku target nak betulkan beberapa menda dlm kod-kod aku, nampaknya berjaya disiapkan. Cuma aku tak tau la program baru yg aku nak wat nih aku boleh siap ke tak utk merging data Ahad nih. Rasa cam tak boleh je unless la aku wat giler dengan concentrate dpn pc memanjang. Tapi tak tentu gak sebab aku dah draft most of the program function somewhere in my brain. Note to self : need to write it on paper (my idea)

lw_rar, aku cadang-cadang je utk wat gathering. memang aku penah bincang dgn dilla. Tapi sekadar cadangan je lah. Tak sempat aku nak melaksanakannya. Sebab sekarang nih aku tengah concentrate kat beberapa perkara. Tengok la klu perkara-perkara tu selesai dlm bulan 8 nih, aku try la tgk kat mana tempat boleh wat gathering. Kalau tak gathering besar, kecik2 pun jadik la.

Danial dah dekat nak masuk setahun. 30/6 nih birthday dia. Dia pun dah makin pandai berdiri (tapi kena pegang orang). Dok memanjat pun dah makin pandai. Tapi jatuh gak. Tu adat la. Adat budak baru nak belajar.

Sebut pasal jatuh nih, klu ada orang nak main saham zaman skrg nih, better tak yah aa. Invest dalam emas. Sebab emas confirm naik harga. Aku pun skrg nih nak carik duit nak beli emas. Tapi better klu korang beli emas dlm bentuk coins atau bar. Senang sket. Nilai pun besar gak. Kalau tak mampu beli silver dlm bentuk coins atau bar.

Aku sekarang nih asyik dok delete akaun game online je. Sekarang nih aku cuma ada 2 je akaun game online. 1 kat runescape, dan 1 lagi kat Star Wars Combine. 1 je yg betul2 aktif. Guess which one?

Cam banyak je aku tulis. So, selamat datang ke universiti ini kepada student-student baru. Banyak cabaran akan menanti anda di sini (cabaran ke?)

Ja, matta ne!

Hurray!

My servers. My lovely servers have arrived. Hurray! Hurray! Hurray!

Aku mmg psiko sket bab2 servers nih. Excited lebih. Aku suka tgk servers2 berkapasiti tinggi. Nampak best je.

I love this job if all I have to do is related to servers.

Bayar subsidi makanan?

Setujukah anda? Bagi aku setuju. Sebab at least orang-orang miskin yg tak pakai keta dapat manfaat.

Dipetik dari blog Hasbullah Pit a.k.a Sebol :

"Rakyat menuntut Subsidi Makanan Rakyat sebanyak RM 50 setiap orang bagi setiap bulan daripada penjimatan Subsidi minyak."

Link 1, Link 2

Dipetik dari MyGamis :

"Justifikasi, GAMIS dengan ini mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan subsidi makanan sebanyak RM 50 setiap bulan kepada golongan masyarakat dan mahasiswa yang dikategorikan dari golongan tidak berkemampuan. Segala penangguhan projek pembinaan yang memberikan keuntungan kepada segelintir masyarakat yang sememangnya tidak punya masalah kronik sebegini, mampu menampung subsidi ini."

Link

Bagi aku, kalau kerajaan dapat subsidi, at least :
1. Kurangnya student-student perempuan yang akan menjual diri semata-mata untuk menanggung kehidupan di universiti (yg jual diri sbb nak hidup mewah lain citer).
2. Akan dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang tak mampu untuk beli susu formula kepada anak-anak kecil yang masih menyusu (susu tin mahal weh. Danial minum susu Enfagrow yang setin 1.6 kg harga RM 79++)
3. Akan dapat membantu pelajar untuk concentrate pada pelajaran.
4. Mengurangkan beban hutang pelajar selepas keluar dari universiti (mungkin boleh jimat lagi duit PTPTN).
5. Dapat membantu pasangan-pasangan yang akan berkahwin. 50 mungkin nampak tak banyak. Tapi kalau pandai jimat boleh tahan dekat seminggu. Kesian kat diaorg yang nak kawin. Pas petrol naik + harga2 barang naik, masing2 pening kepala cam ne nak kawin. Ada yang dah terpakai duit saving. Ada yang ikat perut tak makan semata-mata nak jimatkan duit belanja.

Memang la akan ada kata "mesti ada orang kaya yg akan amik". Memang. Tak dapat dinafikan. Cuma tak malu ke dia nanti bila tiap2 bulan orang tgk dia amik subsidi makanan?

Petronas

Aku tengok 'Talk Show' dengan Pengerusi & CEO Petronas. Boleh tahan jugak la 'Talk Show' tu. Terbukak minda sket. Cuma yang kecewa, kenapa ada SMS-SMS yang tak berfaedah / berunsur manja yang dihantar oleh rakyat Malaysia?

Dan ada satu SMS bertanyakan ke mana 300++ billion royalti dari Petronas dibelanjakan? Tengok sekeliling la sape-sape yang tanya tu. Korang ingat klu tak de duit royalti tu boleh ke kerajaan tanggung IPTA yang dah masuk berpuluh ni? Pastu kalau tak de duit royalti tu, boleh ke kerajaan buat projek pembangunan. Granted, mungkin kita boleh dapat lebih lagi. Sebab tu kita kena kurangkan korupsi dalam agensi kerajaan.

Aku nak share sket. Ada orang bawah-bawah cakap, "Orang kat atas 'makan' lagi besar, so apa salahnya orang bawah nak merasa sket." Persepsi yang salah ni la yang mendorong gejala rasuah di kalangan staf-staf kerajaan.

Personally, aku tak marah harga minyak naik cuma kenaikan secara mendadak. Kalau budget negara diuruskan dengan baik tak de masalah. Nih asyik-asyik projek delay + kos meningkat. Memang tak best la kan. Pastu cakap kerajaan tak cukup untuk tanggung subsidi. Sedangkan kos overrun di merata tempat. Patutnya buatlah kenaikan secara berperingkat. Naik 10 sen ke. Bagi orang dapat adapt dulu.

Cuma kesian jugak kat orang miskin. Dah ler tak de kereta = tak dapat subsidi. Harga barang semua naik. Dulu mungkin RM10 dapat makan satu family tapi mungkin sekarang tak cukup. Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan dan masyarakat untuk bantu golongan keluarga miskin ni? Kalau tak cukup untuk kerajaan tanggung, tak boleh ke kita guna duit zakat untuk bantu golongan-golongan miskin. Daripada disalah guna (dengar-dengar cerita), better lagi baik untuk bantu golongan ni + bagi biasiswa pada pelajar-pelajar cemerlang + guna serba sedikit untuk pembangunan negara (projek rumah untuk rakyat termiskin misalnya). Anyway, dah melalut banyak.

For those people who wanted to read Petronas Annual Report, please go to this link.

The good news, not!

I thought several weeks ago, I can announce a good news. But no. I didn't get it. :(

Actually I want to further my study in Degree of Computer Sciences. So, I plan to do it next year. I apply for a two-year leave from my organization. My boss approved it but the HR didn't. The reason is I didn't get the satisfactory marks for 3 years in the row. Yeah, yeah. So, basically I will not become a student next year. And basically I will be around to manage all those projects that I currently do.

But then, I have two more probably good news for you guys. Maybe later. I will know more about it on July.

Did I tell you I've lost most of my friends phone number. So, az just in case you wonder why I didn't contact you for months already, I lost your phone number. Sorry. :D

Side note : I'm thinking to do some basic gathering for ex-cs USM for batch 1999-2002. Anyone want to organize or jointly organize?

Panas

Aku rasa cam panas sangat 2,3 hari nih especially waktu malam kat umah. Yang paling kesian sekali kat Danial. Berpeluh-peluh tido. Kipas siling dah pasang sampai 5 tapi tetap dia berpeluh-peluh. Kalau kalih dia (Danial tido nakal sikit), mesti basah abih tangan aku.

Sekarang nih pun waktu aku taip entry nih, badan aku berpeluh-peluh walaupun aku duduk bawah kipas. Nak mandi lagi sekali dah lewat malam.

Sekarang nih musim panas ke ha?

Bored

While waiting for the football match, I do the following :

1. Check report
2. Do office work
3. Surfing aimlessly
4. Read news but nothing interesting except Mogambo Guru articles at Asia Times
5. Write this blog
6. Watching Senario at 4 a.m in the morning
7. Improve my skill using Google Search

Damn! I'm too bored right now. That's why this entry is written like a crap.

Isi minyak yang mahal

Nih sebenarnya late entry. With a hectic schedule at office (two meetings on Monday + informal discussion with my boss), spend entire Tuesday morning (and afternoon) at GH and spending my precious leave at the service center on Wednesday, I only have tonight (or morning, whichever you prefer) to write this entry.

Aku rasa aku pegi isi minyak hari Sabtu @ Ahad. Tak ingat. Ke hari Isnin. Giler banyak isi. RM 113 full tank walhal sebelum nih RM 80 je paling banyak. Dah ler setiap kali full tank leh wat aku survive untuk 1 minggu setengah je. Aku tak tau la berapa banyak minyak kena guna bulan nih. Isk. Rasa cam nak claim je duit RM 625 tuh cecepat. Tapi nanti abih gak. Damn!

On other note : Isk..kekadang terfikir alangkah bestnya kalau stumble upon briefcase yang ada million of ringgit atau thousand grams of golds.

Me praying for : Hopefully dapat pegi interview untuk naik pangkat.

Me also praying for : Hopefully pas nih ada lagi keja-keja part time yang boleh buat.

I wonder

Each time when I take a leave from work, my phone will ring at least once. The screen will indicate the call is from office. It always like that even when I brought my wife/son to clinics or hospital. And when I said I'm on leave, not many people say "Sorry, I disturb your holiday" or "Cuti ke?" or something like that. What I get is "Why don't you pick up your phone?" or something along the line. Even my boss is much more polite than some of my clients.

I just wonder, what will happen when I take that 2 years leave?

Boss, if you read this, I hope you approved my request for that 2 years leave from work. Hopefully it a full paid leave. ;)

Friends, if you are wondering where will I go for that 2 years, don't worry, I will still be here. Paling jauh pun pegi US je kot. Itu pun kalau ada org sudi. :P

2 kali gaji

Pergh, dalam sebulan dapat gaji 2 kali tapi bukan 2 x gaji_asal tapi gaji_asal / 2. Perlukah aku berasa gembira? Nope.

First of all, I used to pay rent, loans, baby sitter, credit cards due and etc in lump sum every time I get a salary. Although it hurt me whenever I pay all those dues, at least I know that the 500++ balance can be used for our personal expenditure like petrol, foods, Danial's needs and etc. But now I need to pay half everytime I get a salary starting this August or I can do it by :

1. Withdrawing all my salary at the end of each month (starting July).
2. Put my ATM card somewhere safe and I will forget about it till the end of next month.
3. Just try to cope by using that money until the end of next month.
4. Repeat step 1 - 3 (again and again and again and again) or (until the government decide otherwise).

Aduih, pening dah.

Minyak naik lagi :(

Minyak naik lagi. Mesti lepas nih macam-macam naik lagi. :(

Sekarang nih kena jimat lagi. Dah ler dah shopping time-time bargain je. Luxury-luxury nih dah tak de dah. Even craving nak makan western pun selalu ditahan-tahan. Ujung minggu je dah start masak. Even breakfast time hujung minggu pun dah tak beli. Pagi-pagi breakfast pun share dgn wife. So, tell me oh my glorious PM and Ministers, cam mana lagi sy nak ubah hidup saya? Saya pakai kereta sebijik je, tak macam pak pak menteri yg pakai entah berapa bijik keta ntah. Saya makan kat cafe-cafe tempat saya keja je, tak macam pak-pak menteri yg nak isap curut pun pegi kat hotel 5 star. Nak pegi jalan-jalan sekarang pun pikir dua tiga kali, tapi pak-pak menteri senang2 je pegi luar negara tiap2 bulan. Even nak beli barang-barang keperluan anak pun kena tunggu time bargain. So, tell me how I'm suppose to change my lifestyle?